akan datang

  • TOPPOKKI

    Korean street food/snack. also known as Spicy Rice Cake.
  • CHURROS

  • APAM BOLA

    Musim bola nak tibaaa!!! :D

Thursday, April 19, 2012

Serabai



Resepi pertama untuk resepiseni ialah makanan tradisional masyarakat Banjar. Ya. Saya memang tidak pernah tahu adanya makanan ini dan tak pernah langsung merasanya. Mungkin kerana ayah orang Jawa dan ibu orang Kampar. Jadi, ibu & saya akan mencuba resepi ini dulu. Bila dah siap, dah makan, rasanya seakan lempeng yang ada di restoran di Kampung Melayu (yang semuanya kayu tu. atap pulak pakai daun nipah.). Haaaa, sampai lupa dah nama. Kalau dah lapar mana reti dah tengok signboard, mata dah tengok makanan je atas meja hidang. Hehe. Ok, kalau betul Serabai ni sama dengan lempeng yang ada dekat restoran tu, rasanya memang sedap! 


Bahan-bahan (saiz hidangan bagi 3-4 orang):
120gm tepung beras
240ml santan pekat
1 sudu makan yis kering
Secubit garam


Cara memasak:
1. Satukan tepung beras, santan, yis kering dan garam. Kacau sebati.
2. Perap adunan selama 3 jam.
3. Gunakan kuali tidak melekat, sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali & tunggu sehingga ia panas.
4. Tuangkan sedikit adunan ke dalam kuali dan lenggengkan kuali supaya serabai menjadi nipis.
5. Setelah keperangan, angkat dan ketepikan. Boleh di hidangkan bersama sambal tumis, kari, atau seri kaya. (tapi ibu bagi cucu makan dengan madu)


Info Chef: Gunakan daun pandan (disimpul) untuk sapukan  minyak pada kuali. 
Mengikut resepi, cara memasak ialah secara sangai iaitu goreng tanpa minyak.
Tapi, ibu tak dan buat macam tu. Letak je minyak sikit, macam goreng lempeng.

Keseluruhannya, Serabai ni  akan merekah/rapuh, menjadi keras di atasnya bila kita menggoreng & rasanya seperti tepung yang tidak masak sepenuhnya. Senang cerita, mudah terkoyak la bila di angkat.
Mungkin elok di letakkan sedikit tepung gandum. InsyaAllah, akan di cuba kemudian.


p/s: tidak sesuai untuk ibu yang bekerja kerana memerlukan perapan selama 3 jam.


source: Rasa, Mei 2012, page 134 

Friday, April 13, 2012

Bismillah

bila tengah berdiet ni, nafsu nak makan lagi membuak-buak. masuk kedai buku, buku-buku resepi yang di belek dulu. sebab itu aku plan nak ajak ibu cuba semua resepi yang ada dalam buku resepi. kenapa? bagi yang pernah  mencuba, mesti tahu bukan? 

selain dari resepi, InsyaAllah akan di kongsi juga tempat-tempat makan yang cam best & tak best. jadi, awal-awal nak pesan. bukan aku nak tutup periuk nasi orang dengan menghebahkan makanan dekat sini tak sedap, service teruk. bukan ya. tapi kalau kita sebagai pelanggan, mesti lah mahu perut gembira dengan makanan yang sedap & layanan yang 'sejuk hati mak'.

dengan lafaz Bismillah, saya merasmikan blog Makan Makan ini. 

:)