Resepi pertama untuk resepiseni ialah makanan tradisional masyarakat Banjar. Ya. Saya memang tidak pernah tahu adanya makanan ini dan tak pernah langsung merasanya. Mungkin kerana ayah orang Jawa dan ibu orang Kampar. Jadi, ibu & saya akan mencuba resepi ini dulu. Bila dah siap, dah makan, rasanya seakan lempeng yang ada di restoran di Kampung Melayu (yang semuanya kayu tu. atap pulak pakai daun nipah.). Haaaa, sampai lupa dah nama. Kalau dah lapar mana reti dah tengok signboard, mata dah tengok makanan je atas meja hidang. Hehe. Ok, kalau betul Serabai ni sama dengan lempeng yang ada dekat restoran tu, rasanya memang sedap!
Bahan-bahan (saiz hidangan bagi 3-4 orang):
120gm tepung beras
240ml santan pekat
1 sudu makan yis kering
Secubit garam
Cara memasak:
1. Satukan tepung beras, santan, yis kering dan garam. Kacau sebati.
2. Perap adunan selama 3 jam.
3. Gunakan kuali tidak melekat, sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali & tunggu sehingga ia panas.
4. Tuangkan sedikit adunan ke dalam kuali dan lenggengkan kuali supaya serabai menjadi nipis.
5. Setelah keperangan, angkat dan ketepikan. Boleh di hidangkan bersama sambal tumis, kari, atau seri kaya. (tapi ibu bagi cucu makan dengan madu)
Info Chef: Gunakan daun pandan (disimpul) untuk sapukan minyak pada kuali.
Mengikut resepi, cara memasak ialah secara sangai iaitu goreng tanpa minyak.
Tapi, ibu tak dan buat macam tu. Letak je minyak sikit, macam goreng lempeng.
Keseluruhannya, Serabai ni akan merekah/rapuh, menjadi keras di atasnya bila kita menggoreng & rasanya seperti tepung yang tidak masak sepenuhnya. Senang cerita, mudah terkoyak la bila di angkat.
Mungkin elok di letakkan sedikit tepung gandum. InsyaAllah, akan di cuba kemudian.
p/s: tidak sesuai untuk ibu yang bekerja kerana memerlukan perapan selama 3 jam.
source: Rasa, Mei 2012, page 134